LAPORAN JUN

TARIKH

: 12 JUN 2024

MASA

: 2 PETANG - 5 PETANG

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA

 

Tujuan

Membantu kita sebagai manusia untuk memahami dan menyelesaikan sesuatu tugasan, contohnya pelajar menggunakan ChatGPT untuk memberikan penjelasan kepada sesuatu masalah dan ia membantu menjana penyelesaian kepada masalah tersebut. Meningkatkan kemahiran menulis dan bahasa seseorang. Boleh menterjemahkan bahasa dengan tepat dan tatabahasa yang betul. Membantu menjana ringkasan dokumen atau artikel yang panjang.

 

Aktiviti

Dalam kelas ini, peserta mempelajari ChatGPT. Ia merupakan aplikasi chatbot yang dikuasakan oleh GPT-3.5 dan arsitektur GPT-4. Ia direka untuk menyediakan pengalaman perbualan yang seperti manusia dengan memproses input bahasa semulajadi dan menjana respon yang bersesuaian. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menggunakan ChatGPT. Ia juga membantu proses belajar para peserta.

 

GAMBAR DI SINI 


 

LAPORAN JUN

TARIKH

: 11 JUN 2024

MASA

: 2 PETANG - 5 PETANG

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Membantu menyusun pelbagai soalan atau kuiz. Membantu pekerjaan pengguna dalam pendidikan. Pembelajaran Kos-Efektif. Penilaian dan Penambahbaikan Berterusan dalam jangka masa panjang. Mempromosikan aktiviti di NADI yang bakal diadakan kepada peserta.

 

 

Aktiviti

AI memberikan peluang untuk mempersonalisasi pembelajaran Mencipta pengalaman pembelajaran yang menarik, memantau kemajuan belajar murid. Mempertingkatkan keselamatan anak-anak di sekolah. AI akan menjadi semakin penting dalam pendidikan anak-anak. Membantu meningkatkan kualiti dan keberkesanan pembelajaran.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN JUN

TARIKH

: 10 JUN 2024

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA

 

Tujuan

Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam Keusahawanan dan CANVA. Peserta mempelajari cara membuat poster dengan menggunakan template design yang sedia ada di dalam canva. Peserta mempelajari cara mengubah tulisan serta memasukkan imej ke dalam poster tersebut. Meningkatkan pengetahuan multimedia dalam memasukkan imej dari google.

 

 

Aktiviti

Petugas memulakan kelas dengan sesi penerangan kepada peserta berkenaan asas keusahawanan serta cara-cara menjadi usahawan yang berjaya. Seterusnya, petugas menyediakan slaid pembentangan berkenaan CANVA. Peserta melihat cara penggunaan CANVA langkah demi langkah sebelum membuat poster.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

 

LAPORAN JUN

TARIKH

: 10 JUN 2024

MASA

: 2 PETANG - 5 PETANG

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas multimedia dan mempelajari cara membuat suntingan imej produk. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu imej produk yang menarik. Mempelajari cara menyimpan dan mengedit gambar yang dipilih sendiri oleh para peserta.

 

Aktiviti

Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam Keusahawanan dan CANVA. Peserta mempelajari cara membuat suntingan imej produk untuk dimasukkan ke dalam poster. Peserta mempelajari cara memasukkan imej ke dalam poster tersebut dan memindahkan gambar dari smartphone ke dalam computer. Meningkatkan pengetahuan multimedia dalam memasukkan imej dari google.

 

GAMBAR DI SINI


 

LAPORAN MEI

TARIKH

: 7 MEI 2024

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

Mempromosikan NADI Kampung Gedong serta menambah keahlian NADI Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di NADI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan youtube. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta tentang STEM serta mengetahui cara membuat origami menggunakan panduan youtube.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang laman web youtube dan membuka video tentang STEM. Peserta mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Peserta menonton tayangan video STEM di Youtube dan memahami konsep dan maklumat tentang STEM. Peserta menghasilkan sendiri origami mengikut panduan video di youtube.

 

GAMBAR DI SINI