LAPORAN MEI
TARIKH |
: 6 MEI 2024 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA |
Tujuan
Mempromosikan NADI Kampung Gedong serta menambah keahlian NADI Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di NADI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat jadual mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office word serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat jadual mengikut buku modul pembelajaran yang diberi.
LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 27 & 30 APRIL 2024 |
MASA |
: 9.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN DEWASA |
Tujuan
Kursus ini dibuat bagi memastikan pengusaha-pengusaha makanan memahami aspek –aspek penting dalam kebersihan dan keselamatan makanan. Menjamin produk yang dihasilkan dan dijual adalah selamat dan bersih dan suci serta mematuhi Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985 dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan. Meningkatkan taraf kebersihan dan keselamatan hidangan makanan yang disediakan di negara ini dengan mempraktikkan kod amalan yang betul di sepanjang rantaian penyediaan makanan.
Aktiviti
Peserta memberi penerangan kepada peserta cara membuka Zoom. Kursus dijalankan secara atas talian dengan kerjasama NZ Bunga Venture. Mendidik pengendali supaya mengamalkan nilai-nilai kebersihan di dalam proses penyediaan makanan supaya dapat mengurangkan risiko pencemaran makanan. Meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan pengendali makanan berkaitan faktor yang menyumbang kepada pencemaran makanan serta tindakan pembetulan yang perlu diambil.
LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 19 APRIL 2024 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN DEWASA |
Tujuan
KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membantu anda menyimpan wang buat hari tua. KWSP memastikan simpanan anggota selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. Peserta dapat membuat pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama, penyelesaian baki pinjaman perumahan bagi rumah pertama, pembiayaan pendidikan diri pencarum dan anak-anak, menampung kos-kos perubatan diri pencarum dan anak-anak dan banyak lagi.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan tentang KWSP dan peserta boleh mendaftar akaun KWSP di kaunter yang dibuka, dan peserta boleh mengemaskini maklumat secara online menggunakan android. Peserta boleh menyemak baki simpanan semasa KWSP dengan pegawai yang bertugas. Selain itu, NADI Gedong turut memberi penerangan kepada peserta tentang KWSP dan program ini dapat menarik minat para peserta berkunjung ke NADI Gedong dan mengikuti program lain yang akan dibuat pada masa akan datang.
LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 26 APRIL 2024 |
MASA |
: 8.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN DEWASA |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT dan keusahawanan para peserta terutamanya dalam mengatur bajet kewangan untuk perniagaan. Fasilitator BSN memberi penerangan tentang kewangan dan cara membuat perbelanjaan yang lebih efisien dan sistematik. Peserta mengikut arahan yang diberikan. Latihan secara berkumpulan diberikan bagi menguji kefahaman para peserta dalam sesi pembelajaran tentang kewangan. Peserta dapat meningkatkan kefahaman dalam mengatur modal perniagaan dengan cara membuat carta dan draf perbelanjaan harian untung rugi perniagaan.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kewangan dan cara pengurusan kewangan. Slaid pembentangan dan modul perniagaan turut disediakan bagi rujukan para peserta program. Sesi soal jawab turut diadakan dan pelbagai aktiviti menarik dibuat untuk memudahkan peserta lebih mudah faham tentang kewangan. Peserta dapat membezakan apa itu akaun pasif dan aktif. Peserta juga dapat mempelajari cara mengasingkan untung, simpanan dang perbelanjaan luar jangka yang lain. Selain itu, peserta boleh membuka akaun BSN pada hari tersebut.
LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 27 APRIL 2024 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA |
Tujuan
Membantu kita sebagai manusia untuk memahami dan menyelesaikan sesuatu tugasan, contohnya pelajar menggunakan ChatGPT untuk memberikan penjelasan kepada sesuatu masalah dan ia membantu menjana penyelesaian kepada masalah tersebut. Meningkatkan kemahiran menulis dan bahasa seseorang. Boleh menterjemahkan bahasa dengan tepat dan tatabahasa yang betul. Membantu menjana ringkasan dokumen atau artikel yang panjang.
Aktiviti
Dalam kelas ini, peserta mempelajari ChatGPT. Ia merupakan aplikasi chatbot yang dikuasakan oleh GPT-3.5 dan arsitektur GPT-4. Ia direka untuk menyediakan pengalaman perbualan yang seperti manusia dengan memproses input bahasa semulajadi dan menjana respon yang bersesuaian. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menggunakan ChatGPT. Ia juga membantu proses belajar para peserta.