TARIKH

: 16 OGOS 2024

MASA

: 9.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: 3 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ICT para peserta mewarna secara online menggunakan software yang sedia ada. Para peserta mempelajari taktik membuat pemilihan warna yang sesuai berdasarkan objek yang diberikan. Peserta mewarna menggunakan brush sedia ada. Aktiviti sampingan mencantum kepingan gambar iaitu permainan Jigsaw Puzzle Online

 

Aktiviti

 

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara mewarna online menggunakan link coloringpages4u.com. Para peserta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta memulakan aktiviti mewarna secara individu. Peserta menyiapkan permainan puzzle mengikut masa ditetapkan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI 


 

 

TARIKH

: 1 OGOS 2024

MASA

: 10 PAGI - 12 TENGAHARI & 2 PETANG - 5 PETANG

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: 25 ORANG

 

Tujuan

 

Meningkatkan Kemahiran Digital. Memberikan latihan praktikal dalam penggunaan alat digital terkini seperti AI, Canva, Gamma, dan ChatGPT untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam pelbagai aspek teknologi dan komunikasi. Membantu peserta memahami dan mengaplikasikan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam tugas harian dan perniagaan. Penggunaan AI dalam Perniagaan. Mendedahkan peserta kepada potensi dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam perniagaan, termasuk automasi, analisis data, dan peningkatan perkhidmatan pelanggan.

 

Aktiviti

 

Dengan adanya bengkel ini, peserta diharapkan dapat menguasai alat-alat digital yang penting, meningkatkan kecekapan dan produktiviti mereka, dan mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam konteks keusahawanan dan perniagaan. Tujuan Bengkel ICT dan Keusahawanan "Digital in Action" yang merangkumi pengenalan kepada AI, Canva, Gamma, dan ChatGPT adalah untuk memberikan peserta kemahiran dan pengetahuan yang relevan dalam era digital. Peserta diuji kemahiran dengan menjawab kuiz secara online dan secara berkumpulan.

 

 

GAMBAR DI SINI 


 

 

LAPORAN OGOS

TARIKH

: 11 OGOS 2024

MASA

: 9.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: 10 ORANG

 

Tujuan

Kursus ini dibuat bagi memastikan pengusaha-pengusaha makanan memahami aspek –aspek penting dalam kebersihan dan keselamatan makanan. Menjamin produk yang dihasilkan dan dijual adalah selamat dan bersih dan suci serta mematuhi Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985 dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan. Meningkatkan taraf kebersihan dan keselamatan hidangan makanan yang disediakan di negara ini dengan mempraktikkan kod amalan yang betul di sepanjang rantaian penyediaan makanan.

 

Aktiviti

Peserta memberi penerangan kepada peserta cara membuka Zoom. Kursus dijalankan secara atas talian dengan kerjasama NZ Bunga Venture. Mendidik pengendali supaya mengamalkan nilai-nilai kebersihan di dalam proses penyediaan makanan supaya dapat mengurangkan risiko pencemaran makanan. Meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan pengendali makanan berkaitan faktor yang menyumbang kepada pencemaran makanan serta tindakan pembetulan yang perlu diambil.

 

GAMBAR DI SINI 


 

TARIKH

: 29 JULAI 2024

MASA

: 8.00 PAGI - 2.00 PETANG

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: KOMUNITI SEKITAR GEDONG

 

Tujuan

 

Membuka peluang untuk menjana pendapatan melalui pelbagai saluran digital seperti e-dagang, pengiklanan dalam talian, dan lain-lain. Memberikan pengetahuan tentang model perniagaan digital yang berbeza. Membantu dalam membina dan mengukuhkan jenama melalui pelbagai saluran digital. Mengajar cara untuk konsisten dalam penjenamaan dan komunikasi dalam talian. Membantu usahawan untuk sentiasa beradaptasi dengan perkembangan teknologi dan trend digital terkini. Memberikan kelebihan bersaing dalam pasaran yang semakin digital.

 

Aktiviti

 

Peserta diajar tentang Pembangunan Diri dimana ia dapat meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran dalam penggunaan alat dan platform digital. Membina disiplin, tanggungjawab, dan ketahanan dalam mengurus perniagaan dalam talian. Selain itu, peserta diajar tentang pelbagai platform perniagaan seperti whatsapp business, fb page, tik tok, instagram, cara membuat suntingan imej dan video produk, laman web e-dagang, shopee dan banyak lagi. Peserta turut dipandu cara membuat promosi perniagaan secara atas talian.

 

 

GAMBAR DI SINI