LAPORAN MAC
TARIKH |
: 9 MAC 2024 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA |
Tujuan
Pendaftaran akaun Shopee. Meningkatkan pengetahuan keusahawanan peserta. Menarik minat peserta berkunjung ke NaDi Gedong. Mendedahkan peserta mengenai Shopee. Meningkatkan kemahiran keusahawanan. Para peserta mempelajari asas keusahawanan dan diberi tunjuk ajar cara menggunakan Shopee. Modul Shopee dan video penerangan disediakan oleh petugas bagi rujukan para peserta.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli NaDi Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di NaDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan software kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta membuat suntingan sticker produk. Selain itu, peserta mempelajari asas multimedia.
LAPORAN MAC
TARIKH |
: 4 MAC 2024 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan dan mempelajari cara membuat sticker produk. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu imej produk yang menarik. Mempelajari cara menggunakan Canva dan membuat sticker.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli NaDi Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di NaDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan software kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta membuat suntingan sticker produk. Selain itu, peserta mempelajari asas multimedia.
LAPORAN FEBRUARI
TARIKH |
: 6 FEBRUARI 2024 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Surat Rasmi mengikut buku modul pembelajaran yang diberi.
LAPORAN MAC
TARIKH |
: 3 MAC 2024 |
MASA |
: 9.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA & DEWASA |
Tujuan
Meningkatkan tahap penguasaan ICT para peserta. Meningkatkan pengetahuan asas dalam bidang automotive. Memudahkan peserta mengisi peluang kerjaya yang diminati dengan mengikuti program tersebut. Mempromosikan aktiviti di NaDi Gedong yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di NaDi Gedong. Menambah keahlian sedia ada NaDi Gedong.
Aktiviti
Peserta diberitahu tentang Program Teknologi dan Automotif. Diberi pendedahan tentang kursus-kursus yang disediakan. Menarik minat peserta untuk mengikuti program dengan tayangan gambar dan slaid berkenaan automotive. Menerangkan kepada peserta cara memasuki Kolej Vokasional serta cara mengisi borang pendaftaran secara manual dan atas talian.
LAPORAN FEBRUARI
TARIKH |
: 5 FEBRUARI 2024 |
MASA |
: 2 PETANG - 5 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam Keusahawanan dan CANVA. Peserta mempelajari cara membuat poster dengan menggunakan template design yang sedia ada di dalam canva. Peserta mempelajari cara mengubah tulisan serta memasukkan imej ke dalam poster tersebut. Meningkatkan pengetahuan multimedia dalam memasukkan imej dari google.
Aktiviti
Petugas memulakan kelas dengan sesi penerangan kepada peserta berkenaan asas keusahawanan serta cara-cara menjadi usahawan yang berjaya. Seterusnya, petugas menyediakan slaid pembentangan berkenaan CANVA. Peserta melihat cara penggunaan CANVA langkah demi langkah sebelum membuat poster.