LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 1 DISEMBER 2020 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: KOMUNITI GEDONG (5 ORANG) |
Tujuan
Menarik minat komuniti di Kampung Gedong untuk mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan di PIK Kampung Gedong. Memberi manfaat dan peluang kepada usahawan untuk menimba ilmu. Meningkatkan pengetahuan ICT dan keusahawanan para peserta.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas tentang pembelajaran yang akan diadakan. Petugas membuka laman web shopee dan menunjukkan cara penggunaan laman web shopee tersebut. Langkah demi langkah ditunjukkan bagi memudahkan petugas memahami sesi pembelajaran.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 14 NOVEMBER 2020 |
MASA |
: 4.00 PETANG – 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: KOMUNITI KAMPUNG GEDONG (8 ORANG) |
Tujuan
Menarik minat komuniti di Kampung Gedong untuk mengikuti pelbagai program yang menarik anjuran Pusat Internet Kampung Gedong. Menambah keahlian Pusat Internet Kampung Gedong yang sedia ada. Memperkenalkan Pusat Internet Kampung Gedong kepada komuniti. Menambah follower dan likes fb page Pusat Internet Kampung Gedong dengan adanya pertandingan selfie tersebut.
Aktiviti
Peserta diberi masa selama seminggu untuk mengikuti pertandingan selfie di pintu gerbang masing-masing sempena sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan di Kampung Gedong. Gambar selfie peserta di pintu gerbang masing-masing akan dipertandingkan di laman fb page Pusat Internet Kampung Gedong. Like terbanyak bagi setiap gambar peserta akan dinilai dan dikira sebagai pemenang.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 8 NOVEMBER 2020 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (4 ORANG) |
Tujuan
Mempelajari asas penggunaan komputer. Mempelajari cara membuat carta menggunakan software yang tersedia di pc. Meningkatkan pengetahuan asas multimedia dan Microsoft Office Word para peserta. Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer para peserta. Menarik minat peserta berkunjung ke PI Kampung Gedong bagi menambah pengetahuan ICT.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang Microsoft Office Word dan cara menggunakan SmartArt. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang aplikasi yang digunakan. Akhir sekali, peserta diuji membuat carta menggunakan modul yang disediakan oleh petugas PI Kampung Gedong.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 13 NOVEMBER 2020 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (8 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam Keusahawanan dan Microsoft Office Publisher. Peserta mempelajari cara membuat kupon dengan menggunakan template design yang sedia ada di dalam publisher. Peserta mempelajari cara mengubah tulisan serta memasukkan imej ke dalam kupon. Meningkatkan pengetahuan multimedia dalam memasukkan imej dari google.
Aktiviti
Petugas memulakan kelas dengan sesi penerangan kepada peserta berkenaan asas keusahawanan serta cara-cara menjadi usahawan yang berjaya. Seterusnya, petugas menyediakan slaid pembentangan berkenaan Modul Microsoft Office Publisher. Peserta melihat cara penggunaan publisher langkah demi langkah sebelum membuat kupon. Petugas turut sama membuat kupon dan diikuti peserta. Peserta membuat kupon menggunakan template design yang tersedia.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 7 NOVEMBER 2020 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (6 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam permainan pendidikan iaitu Jigsaw Puzzle Online. Peserta diuji kemahiran menyelesaikan masalah dimana mereka perlu mencantum kepingan puzzle menjadi satu imej yang lengkap. Menguji kecekapan dan kepantasan para peserta. Menarik minat para peserta untuk berkunjung ke Pusat Internet Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara bermain puzzle menggunakan link jigsaw puzzle yang diberitahu oleh petugas. Para peserta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta memulakan aktiviti tersebut secara individu. Sesi soal jawab antara petugas dan para peserta.