Laporan Januari – Advokasi KDB (Pengantunan Dalam Talian), Microsoft Office (Microsoft Excel) & Posting Pengumuman Dalam My Komuniti

 

Tarikh

: 22 Januari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 5 Orang (Pelajar Sekolah Rendah)

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi menunjukkan cara login penggunaan Dashboard Komuniti dan menerangkan menu yang terdapat pada Dashboard Komuniti. Mengajar peserta membuat pengumuman dalam My Komuniti. Menjalankan aktiviti seperti video showing berkaitan Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Membantu peserta mengetahui makna Pengantunan Dalam Talian dimana ia boleh dilakukan untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, jenayah, dan sebagainya. Mendidik peserta untuk menjadi penguna internet yang bijak. Peserta juga diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Excel di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Excel.

 

Aktiviti

 

Petugas memberi penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak dan peserta mendengar Ceramah KDB berkenaan (Pengantunan Dalam Talian). Sesi soal jawab antara peserta dan petugas. Selepas itu, peserta membuat aktiviti latihan Microsoft Excel dan diterangkan fungsi Microsoft Excel. Peserta dipandu cara untuk menggunakan table, aligment, dan shading. Seterusnya, peserta diminta membuka laman web dashboard. Ia bertujuan memahirkan peserta menggunakan Dashboard Komuniti dan boleh membuat pengumuman dalam My Komuniti.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MICROSOFT EXCEL & DASHBOARD (MY KOMUNITI)


Laporan Januari – Advokasi KDB (Sexting), Dashboard (My Komuniti) & Pertandingan Mewarna Online

Tarikh

: 21 Januari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang (Pelajar Sekolah)

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi memupuk kemahiran penguasaan computer para peserta. Melatih pelajar menggunakan dashboard komuniti. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam mewarna secara online. Membentuk pelajar agar kreatif mewarna dengan kemahiran komputer yang ada. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi kesedaran kepada peserta risiko sexting dimana akan mendatangkan kesan negative terutama “sexual harassment” kepada kanak-kanak.

 

Aktiviti

 

Petugas memberi penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak dan tayangan video berkaitan sexting kepada peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Seterusnya, peserta diminta membuat pengumuman dalam dashboard komuniti. Akhir sekali, petugas membuat pertandingan mewarna digital. Peserta diberi penerangan bagaimana membuka laman web coloring. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Peserta mewarna mengikut masa yang ditentukan oleh petugas.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MY KOMUNITI & PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE 


Laporan Januari - Advokasi KDB (Pembelian Secara Online), E-Dagang (Pemasaran Dalam Talian) & Upload Produk Dalam My Shop & View Produk Setempat

 

Tarikh

: 19 Januari 2019 

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 3 Orang (Belia)

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi tujuan melatih golongan peserta menggunakan laman dashboard komuniti dan memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk mempromosikan produk secara atas talian dengan menggunakan My Shop. Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dengan mengadakan latihan dashboard komuniti serta mempelajari E-Dagang bagi menambah pengetahuan asas keusahawanan para peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong. Mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI sedia ada.

 

Aktiviti

 

Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI. Setelah mahir meggunakan laman dashboard komuniti (My Shop) para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian terutama di media sosial. Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan. Selain itu, peserta dipandu cara untuk upload produk dan diajar asas keusahawanan.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, LATIHAN KEUSAHAWANAN & MY SHOP


Laporan Januari – Advokasi KDB (Buli Siber) & Movie Day

 

Tarikh

: 20 Januari 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 12 Orang (Pelajar Sekolah)

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi tujuan meningkatkan keahlian PI. Peserta mengetahui kewujudan PI dan pelbagai aktiviti yang diadakan di PI. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak dan mengelakkan gejala yang tidak berpatutan seperti buli siber. Mempromosikan PI Kampung Gedong dengan aktiviti sampingan seperti Movie Day dimana para peserta menyaksikan tayangan video secara percuma di PI.

 

Aktiviti

 

Para peserta diperkenalkan tentang gejala buli siber bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan disoal jawab oleh petugas PI. Peserta juga mempelajari bagaimana mengelak diri daripada terjebak dengan gejala buli siber dimana akan mendatangkan banyak kesan negatif kepada diri individu itu sendiri. Peserta menonton tayangan movie di akhir kelas.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB (BULI SIBER) & MOVIE DAY 


Laporan Januari - Advokasi KDB (Hendap Siber), E-Pembelajaran (Mewarna Online), Latihan Keusahawanan (Membuat Resume) & (Mengedit, Menyimpan & Memasukkan Gambar ke dalam Resume)

Tarikh

: 18 Januari 2019

Masa

: 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 11 Orang

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan klik dengan bijak, asas keusahawanan dan cara membuat resume hanya dengan menggunakan Microsoft Word. Selain itu, bagi menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PI. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar OKU menggunakan aplikasi pembelajaran mewarna digital. Di samping itu, aktiviti lain iaitu memberi tunjuk ajar kepada belia dalam membuat resume untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Dengan adanya resume yang teratur, maklumat lengkap dan menarik akan menarik minat majikan untuk mengambil mereka bekerja.

 

Aktiviti

 

Kelas bermula dengan tayangan video KDB untuk tontonan peserta OKU dari PDK Gedong. Para peserta diajar cara menggunakan komputer dengan betul serta mendapat bimbingan daripada Petugas PDK. Peserta menyiapkan latihan yang diberikan oleh Petugas PI. Selain itu, para peserta diberi penerangan dahulu oleh petugas sebelum mewarna secara online. Seterusnya, para peserta melaksanakan arahan yang diberi sehingga siap. Sekiranya tidak faham, petugas PI dan guru pembimbing peserta akan membantu mereka. Seterusnya, selepas kelas bersama peserta PDK, petugas mengajar salah seorang belia untuk menyiapkan resume. Beliau diajar menggunakan Microsoft Word dan Multimedia (Suntingan Imej).

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, E-PEMBELAJARAN & LATIHAN KEUSAHAWANAN