Laporan Januari –Advokasi KDB (Maklumat Palsu), Latihan Keusahawanan (Microsoft Word) & Upload Produk Dalam My Shop & View Produk Setempat

 

Tarikh

: 8 Januari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 5 Orang

 

Tujuan

 

Menambah keahlian PI Kampung Gedong dan menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas yang dianjurkan di PI Kampung Gedong. Selain itu, memberi pendedahan kepada para peserta tentang maklumat-maklumat palsu yang semakin berleluasa di laman sosial dan peserta harus lebih berhati-hati dalam mendapatkan info terkini dan memastikan mereka memperoleh maklumat dari sumber yang betul. Peserta juga dinasihati supaya menyelidik dahulu dan memastikan kesasihan maklumat sebelum mempercayainya. Di samping itu, peserta diberi latihan keusahawanan dan cara mempromosi produk dalam My Shop sebagai medium perniagaan bagi usahawan menambah pendapatan.

 

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan daripada petugas berkenaan maklumat palsu. Peserta diajar klik dengan bijak iaitu bagaimana menggunakan internet secara bijak. Advokasi KDB ini sangat bermanfaat kepada para peserta dalam membezakan maklumat mana yang perlu dipercayai dan mengetahui cara mengelak diri daripada mendapatkan maklumat palsu. Selain itu, para peserta juga mempelajari asas keusahawanan, asas komputer iaitu Microsoft Word dan bagaimana cara menggunakan aplikasi tersebut. Mereka dipandu cara oleh petugas berkenaan Microsoft Word dan juga diperkenalkan My Shop dimana merupakan peluang para peserta untuk mempromosi produk mereka.

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, KEUSAHAWANAN & DASHBOARD (MY SHOP)


Laporan Januari - Advokasi KDB (Oversharing), Microsoft Office (Microsoft Word) & Posting Pengumuman Dalam My Komuniti

 

Tarikh

: 5 Januari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 9 Orang

 

Tujuan

 

Peserta mengikuti kelas klik dengan bijak iaitu oversharing. Melalui kelas ini peserta dapat mempelajari bagaimana menggunakan media sosial dengan betul. Tidak semua maklumat kita perlu kongsi dalam laman sosial kerana banyak kesan negatif akan diperoleh oleh diri indidvidu itu sendiri. Ini kerana ia akan menjejaskan keselamatan pengguna jika berkongsi secara berlebihan maklumat peribadi. Bagi kelas Miscrosoft Word pula adah bertujuan menambah pengetahuan ICT para peserta dalam menggunakan Microsoft Word sekaligus dapat meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Peserta juga menjadi mahir dalam menggunakan dashboard.

 

 

Aktiviti

 

Petugas menyediakan tayangan video dan slaid pembentangan berkenaan “oversharing” kepada peserta yang mengikuti kelas. Peserta juga dipandu cara untuk menggunakan internet secara berhemah dan menetapkan privasi keselamatan dalam media sosial terutama FB. Selain itu. Para peserta juga diajar asas komputer iaitu Microsoft Word. Petugas member bimbingan kepada para peserta dengan mengenali dahulu komponen yang terdapat dalam Microsoft Word sebelum memulakan latihan menaip. Peserta juga membuka laman dashboard komuniti dan membuat pengumuman dalam My Komuniti bagi tujuan berinteraksi kepada peserta yang lain.

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MICROSOFT OFFICE & DASHBOARD (MY KOMUNITI)


Laporan Disember – Advokasi KDB (Tidak Pasti Jangan Kongsi), Dashboard (My Soal) & E-Pembelajaran (Melukis & Mewarna: Paint)

 

Tarikh

: 24 Disember 2018

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

 

Melatih  peserta melukis dan mewarna dengan kemahiran komputer yang ada menggunakan aplikasi paint. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet dan pengetahuan peserta Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memperkenalkan sistem aplikasi  Dashboard Komuniti yang boleh di muat turun melalui google play store kepada peserta. Menerangkan menu yang terdapat pada Dashboard Komuniti iaitu My Soal dan video KDB bersama peserta. Meningkatkan kreativiti peserta dalam kemahiran melukis dan mewarna paint.

 

Aktiviti

Peserta di perkenalkan dengan Dashboard Komuniti. Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menggunakan Dashboard Komuniti dan  cara login dashboard.  Kemudian mereka membuat My Soal dan Aduan dengan pihak PBT. Sesi soal jawab di antara peserta dan Petugas juga turut diadakan. Video Dashboard Komuniti dan KDB turut ditayangkan. Para peserta diuji kemahiran melukis dan mewarna menggunakan aplikasi paint. Sesi soal jawab turut dijalankan antara petugas dan peserta yang mengikuti kelas.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MY SOAL & E-PEMBELAJARAN (PAINT)


 

Laporan Januari – Advokasi KDB (Risiko Dalam Talian), Perkakasan Komputer (Asas Penjagaan Komputer) & Posting Pengumuman Dalam My Komuniti

 

Tarikh

: 3 Januari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 7 Orang

 

Tujuan

 

Melatih peserta kemahiran asas penjagaan komputer, mengenali perkakasan komputer. Selain itu, menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam menggunakan komputer sebagai medium pembelajaran. Di samping itu, aktiviti sampingan iaitu klik dengan bijak melatih para peserta tentang penggunaan internet yang betul, tips keselamatan dalam menggunakan internet dan risiko yang akan dihadapi para peserta dalam talian. Di samping itu, aktiviti dashboard menarik minat peserta dalam menggunakan aplikasi dashboard (My Komuniti).

 

 

Aktiviti

 

Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer dan cara penjagaan komputer yang betul supaya peserta dapat menggunakan komputer lebih cermat dan risiko keselamatan dapat ditingkatkan. Peserta juga mengikuti kelas Advokasi KDB berkenaan risiko dalam talian sepeti yang disyorkan oleh Pihak SKMM. Dengan mengikuti advokasi tersebut, peserta dapat mencegah diri daripada menjadi mangsa jenayah siber. Di samping itu, peserta membuat pengumuman dalam dashboard komuniti modul My Komuniti.

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, PERKAKASAN KOMPUTER & DASHBOARD (MY KOMUNITI)


 

Laporan Disember – Advokasi KDB (Aduan) & E-Pembelajaran (Permainan Pendidikan: Sudoku)

 

Tarikh

: 23 Disember 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi tujuan mempromosikan PI Kampung Gedong disamping menambah keahlian yang sedia ada. Selain itu, bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang aduan di mana para peserta boleh membuat aduan kepada pihak berwajib sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku kepada individu tersebut. Bagi aduan yang melibatkan penyalahgunaan internet aduan boleh dibuat dengan pihak SKMM. Di samping itu, aktiviti sampingan iaitu permainan Sudoku menguji minda para peserta dalam permainan pendidikan sekaligus menarik minat peserta berkunjung ke PI Gedong.

 

Aktiviti

 

Petugas memberi ceramah klik dengan bijak seperti yang disyorkan oleh Pihak SKMM. Peserta mendengar penerangan daripada petugas berkenaan aduan dan agensi yang terlibat dalam setiap aduan yang dibuat. Seterusnya, sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Selepas itu, para peserta diberi tunjuk ajar berkenaan permainan pendidikan iaitu Sudoku dimana para peserta diminta menyelesaikan permasalahan dalam permainan tersebut. Di samping itu, petugas akan membantu para peserta yang kurang mahir dalam permainan tersebut.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & E-PEMBELAJARAN