Laporan Mac – Advokasi KDB (Penipuan Belian Secara Online), Dashboard (My Shop) & Latihan Keusahawanan (Upload Produk Dalam My Shop)
Tarikh |
: 18 Mac 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 6 Orang |
Tujuan
Melatih golongan peserta menggunakan laman dashboard komuniti dan memberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk secara atas talian dengan menggunakan My Shop. Menambah kemahiran peserta dalam perniagaan. Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI. Setelah mahir menggunakan laman dashboard komuniti peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian terutama di media sosial. Advokasi KDB tentang penipuan belian secara online dapat memberi kesedaran keselamatan kepada pengguna internet untuk berbelanja dengan bijak.
Laporan Mac – Pengenalan Web (Permohonan Kemasukan UPU: upu.moe.gov.my, Laman Web Spa.Gov.My & E-Recruitment)
Tarikh |
: 17 Mac 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 5 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta cara melayari laman web rasmi kerajaan untuk memohon pekerjaan selepas tamat SPM. Memperkenalkan web untuk permohonan kemasukan ke UPU dan pengisian kekosongan kerja di laman web e-recruitment. Para peserta didedahkan cara mengisi kekosongan jawatan dan maklumat yang perlu diisi dalam system permohonan. Memberi peluang peserta menerokai Dunia ICT dengan berfaedah.
Aktiviti
Peserta diminta menyediakan dokumen yang lengkap sebelum mengisi mana-mana web yang mereka kehendaki. Seterusnya, peserta diperkenalkan laman web SPA, dipandu cara melayari laman web e-recruitment bagi tujuan permohonan pekerjaan. Para peserta diperkenalkan cara untuk mengisi permohonan kemasukan ke UPU mengikut langkah yang betul. Peserta diajar cara menyimpan dokumen yang telah siap dimasukkan ke dalam pendrive masing-masing. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta.
Laporan Mac – Advokasi KDB (Cyberbully), Pengenalan Web (Youtube) & E-Pembelajaran (Mewarna Digital)
Tarikh |
: 15 Mac 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan
Peserta diperkenalkan aktiviti KDB iaitu Scam kepada peserta dari Tabika Kampung Lalang Mayak Gedong. Memberikan peserta pendedahan menggunakan laman web sebagai medium untuk pembelajaran dan meningkatkan kreativiti peserta melalui aktiviti mewarna digital. Peserta dilatih mengikut langkah demi langkah cara mewarna yang betul dengan bantuan petugas dan diuji kemahiran menggunakan komputer secara individu. Melatih peserta menggunakan internet secara bijak.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan Advokasi KDB, Scam dan petugas memberi penerangan berkenaan Scam. Selain itu, peserta turut diajar cara menggunakan laman web, iaitu youtube serta mewarna digital. Seterusnya petugas mempromosi aktiviti Pusat internet sebelum sesi soal jawab. Peserta boleh menggunakan komputer dan melayari internet secara individu setelah diajar. Mereka membuat latihan mewarna secara online.
Laporan Mac – Pengenalan Web (spa.gov.my), Website (Membuat Akaun Gmail) & Latihan Keusahawanan (Membuat Resume)
Tarikh |
: 16 Mac 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 5 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta cara melayari laman web rasmi kerajaan untuk memohon pekerjaan selepas tamat SPM. Memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Office Word untuk membuat resume untuk tujuan pencarian pekerjaan. Memperkenalkan Gmail dan membuka akaun gmail para peserta untuk tujuan permohonan kemasukan ke SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).
Aktiviti
Peserta diperkenalkan laman web SPA, dipandu cara membuat akaun Gmail bagi tujuan permohonan pekerjaan. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office Word untuk tujuan membuat resume. Para peserta juga mempelajari cara memasukkan gambar mereka ke dalam resume yang telah dibuat. Petugas membimbing peserta membuat resume mengikut format yang betul. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta.
Laporan Mac – Advokasi KDB (Scam), Latihan Keusahawanan (Pengenalan Word) & E-Pembelajaran (Mewarna Digital)
Tarikh |
: 14 Mac 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 7 Orang |
Tujuan
Memberi pengetahuan tentang Scam dan bagaimana cara untuk mengelak serta menyelesaikan masalah jika terlibat dengan scam. Seterusnya, memberi pendedahan penggunaan Microsoft Word supaya dapat memahirkan diri untuk menukar font, memasukkan gambar dan mengedit teks disamping mempromosikan aktiviti Pusat Internet pada masa akan datang. Melatih kemahiran mewarna para peserta dengan latihan mewarna digital kepada peserta. Menambah keahlian PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan Scam melalui Advokasi KDB serta cara membuat aduan jika terlibat dengan scam. Seterusnya, peserta diberikan latihan Microsoft Word seperti menukar font, memasukkan gambar serta mengedit teks. Peserta dipandu cara membuat peta dengan menggunakan Microsoft Word dan Insert Images daripada web. Akhir sekali, aktiviti sampingan para peserta ialah mewarna digital secara individu. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.