Laporan November - Advokasi KDB (Teknologi Dalam Kehidupan) & Latihan Microsoft Office Word

 

Tarikh

: 3 November 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 13 orang

 

Tujuan

Para peserta diberikan latihan menaip teks untuk menguji tahap penguasaan para peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut. Menguji ketangkasan mereka menaip. Selain itu, mendidik peserta mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office Word. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di Pusat Internet Kampung Gedong. Memberi pendedahan terhadap kewujudan Pusat Internet Kampung Gedong. Menambah keahlian Pusat Internet Kampung Gedong sedia ada. Menambah pengetahuan menggunakan internet dan mengetahui kebaikan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Selain itu, menambah pengetahuan peserta dalam mengenali teknologi masa kini serta fungsi.

 

Aktiviti

 

Petugas menerangkan apakah fungsi keselamatan teknologi dan cara penggunaan yang betul. Selain itu, petugas menyediakan tayangan video berkaitan salah guna teknologi dan apakah kesan negatif terhadap pengguna tersebut. Petugas menasihati peserta supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan internet mahupun peralatan teknologi masa kini. Di samping itu, aktiviti sampingan para peserta ialah belajar asas Microsoft Office Word dimana para peserta belajar fungsi komponen papan kekunci, cara menukar font serta warna, justify teks, mengubah saiz font dan memasukkan imej ke dalam teks menggunakan online pictures. Peserta juga diajar bagaimana cara membesar dan mengecilkan imej tersebut.

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & LATIHAN MICROSOFT OFFICE WORD


 

Laporan November - Advokasi KDB (Online Grooming) & Posting Pengumuman dalam My Komuniti (DK)

 

Tarikh

: 2 November 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 12 orang

 

Tujuan

Menarik minat para peserta untuk mengikuti aktiviti yang dianjurkan di Pusat Internet. Memberi manfaat kepada peserta pengetahuan am berkenaan Internet. Memperkenalkan sistem aplikasi Dashboard Komuniti yang boleh di muat turun melalui google play store kepada peserta. Menunjukkan cara login penggunaan Dashboard Komuniti dan menerangkan menu yang terdapat pada Dashboard Komuniti. Mengajar peserta membuat pengumuman dalam My Komuniti. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong. 

 

Aktiviti

 

Peserta di perkenalkan dengan Dashboard Komuniti. Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menggunakan Dashboard Komuniti dan  cara login dashboard. Seterusnya, peserta diminta membuat pengumuman sendiri di dalam dashboard My Komuniti.  Peserta menerima arahan dan tunjuk ajar dari petugas. Petugas menerangkan berkenaan Online Grooming kepada para peserta dengan menggunakan slaid pembentangan dan juga tayangan video. Petugas mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI sedia ada. 

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & POSTING PENGUMUMAN (MY KOMUNITI)


Laporan Oktober - Advokasi KDB (Mobile E-Waste) dan E-Pembelajaran (Melipat Origami Bentuk Box)

 

Tarikh

: 24 Oktober 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan 

 

Memberikan pendedahan kepada peserta penggunaan internet. Memupuk nilai Klik Dengan Bijak cara pembuangan alat telekomunikasi di tempat yang betul melalui Advokasi KDB iaitu mobile E-Waste serta menerapkan E- Pembelajaran dalam kehidupan harian peserta melaui aktiviti Melipat Origami bentuk box dengan Youtube sebagai rujukan.

 

 

Aktiviti

 

Peserta diperkenalkan dengan mobile E-waste iaitu cara pembuangan gadjet dengan cara yang betul di tempat-tempat yang di sediakan di pusat-pusat tekomunikasi. Seterusnya, para peserta diajar cara untuk membuat origami kotak dengan rujukan di You Tube. Sesi soal jawab diadakan bersama petugas sebelum petugas mempromosikan Pusat Internet Kg Gedong serta aktiviti yang dijalankan pada masa akan datang.

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & E-PEMBELAJARAN 



 

Laporan Oktober - Advokasi KDB (Peeking), Dashboard Komuniti (My Place) dan Kuiz Kahoot

 

Tarikh

: 23 Oktober 2018

Masa

: 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan 

 

Memberikan pendedahan kepada peserta mengenai bahaya aktiviti peeking melalui advokasi KDB untuk memupuk nilai berjaga-jaga dalam berkongsi maklumat. Seterusnya, mempromosikan DashboardKomuniti (My Place) kepada para peserta serta menguji kefahaman peserta melalui kuiz kahoot disamping mempromosi Pusat Internet Kg Gedong.

 

 

Aktiviti

 

Peserta ditayangkan video mengenai Peeking melalui Advokasi KDB. Seterusnya para peserta diperkenalkan dengan My Place dalam Dashboard Komuniti sebelum Kuiz Kahoot dijalankan. Aktiviti diteruskan dengan sesi soal jawab dan penyampaian hadiah serta promosi aktiviti PI Kg Gedong dari para Petugas.

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, DASHBOARD KOMUNITI & KUIZ KAHOOT