TARIKH

: 13 NOVEMBER 2023

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

Menguji pengetahuan am para peserta tentang perkakasan dan kompone yang terdapat dalam komputer. Menambah pengetahuan ICT para peserta sekaligus menarik minat beserta untuk mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Gedong. Menambah keahlian sedia ada PEDi Gedong. Menggunakan masa cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta yang mengikuti kelas. Peserta diminta membuka laman web kuiz online. Seterusnya, petugas akan meminta para peserta menjawab soalan yang disediakan mengikut masa yang ditetapkan. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan menguji minda para peserta tentang pengetahuan ICT.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN NOVEMBER

TARIKH

: 13 NOVEMBER 2023

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang Microsoft Office Excel. Peserta mempelajari cara menggunakan excel, diajar cara membuat table, menukar font, saiz tulisan, mengira jumlah, menukar design table  serta menambah table. Pelajar mempelajari cara mengenali cell mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Latihan diberikan menguji kefahaman para peserta dalam sesi pembelajaran excel.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Ekonomi Digital Gedong pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Office Excel. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat jadual dan menambah pengetahuan mereka dalam excel sekaligus menjadi mahir menggunakan aplikasi tersebut.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN NOVEMBER

TARIKH

: 28 OKTOBER 2023 & 4 NOVEMBER 2023

MASA

: 10AM - 12PM & 11AM - 1PM

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: DEWASA

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT dan Asas Keusahawanan peserta. Peserta mengetahui tentang Perkhidmatan Pengurusan Konten Media Sosial serta Perkhidmatan Pengiklanan Digital. Peserta mempelajari cara meningkatkan pendapatan dan servis perkhidmatan melalui Seminar Pemasaran Digital OHSEM. Mempelajari tentang laman kandungan premium sekaligus dapat meluaskan info tentang kandungan produk dan perkhidmatan.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan platform yang sesuai diguna pakai untuk meluaskan perniagaan sekaligus mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam bidang keusahawanan. Peserta dapat meningkatkan pendapatan mereka. 

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN NOVEMBER

TARIKH

: 11 NOVEMBER 2023

MASA

: 8.00 PAGI - 3.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: KOMUNITI GEDONG

 

Tujuan

 

Untuk memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital kepada komuniti Kampung Gedong serta fungsi dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital. Selain itu, dapat meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi yang lain dalam melaksanakan program, meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dan memberi peluang pada komuniti untuk bersama keluarga memanfaatkan hujung minggu. Mempromosikan PEDi Kampung Gedong kepada orang luar dan juga komuniti tempatan.

 

Aktiviti

 

Pelbagai aktiviti yang dijalankan PEDi Gedong. Antaranya ialah mengadakan pameran serta jualan produk-produk usahawan yang berasal dari Gedong serta memberi pendedahan tentang peranan PEDi Gedong kepada pengunjung. Disamping itu, pemberitahuan untuk Advokasi KDB kepada komuniti. Seterusnya program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan antara Petugas PEDi Gedong dengan Komuniti disamping menambah bilangan ahli PEDi Gedong.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN NOVEMBER

TARIKH

: 8 NOVEMBER 2023

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: USAHAWAN GEDONG

 

Tujuan

Membantu para usahawan mendaftar secara atas talian CIDB dan mengikuti kursus yang dianjurkan CIDB. Ia sekaligus membantu usahawan yang baru menceburi diri dalam bidang perniagaan. Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat para usahawan berkunjung ke PEDi Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas keusahawanan dan asas ICT. Mempelajari cara membuat permohonan lesen kontraktor CIDB dan ujian untuk mendapatkan permit tersebut.

 

GAMBAR DI SINI