LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 14 DISEMBER 2023 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta dan meningkatkan kemahiran komputer peserta. Peserta mempelajari komponen komputer serta pengenalan lama web. Peserta mempelajari cara menggunakan papan kekunci dan menaip. Peserta mempelajari cara menggunakan tetikus. Peserta mendapat bimbingan daripada petugas dan guru yang membimbing peserta cara menggunakan komputer. Menambah keahlian PEDi Gedong dan dapat berkolaborasi bersama SK Sebanban.
Aktiviti
Petugas membuat penerangan kepada peserta tentang cara menggunakan komputer dan cara penjagaan komputer yang betul. Peserta mendengar penerangan daripada petugas dan mengikuti arahan yang diberikan. Peserta menjawab soalan secara atas talian secara individu. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan dan menarik minat peserta berkunjung ke PEDi Gedong.
LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 9 DISEMBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN WANITA |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran keusahawanan para peserta terutamanya dalam membuat Sushi. Mempelajari cara membuat penyediaan asas bahan untuk membuat sushi dan cara menghasilkan sushi yang lebih sedap dan menarik. Mengajar peserta untuk memulakan perniagaan sekiranya berminat untuk membuat jualan sushi. Menarik minat peserta dan menambah keahlian PEDi Gedong.
Aktiviti
Petugas membuat demo penyediaan sushi. Nota ringkas resepi membuat sushi disediakan bagi rujukan para peserta. Peserta mendengar dengan teliti cara membuat sushi. Petugas melatih peserta secara individu membuat sushi dengan menggunakan peralatan dan bahan yang disediakan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 21 NOVEMBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta tentang STEM serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang laman web youtube dan membuka video tentang STEM. Peserta mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Peserta menonton tayangan video STEM di Youtube dan memahami konsep dan maklumat tentang STEM.
LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 1 DISEMBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas komputer. Selain itu, para peserta diajar cara menggunakan software yang tersedia. Para peserta mempelajari cara menggunakan laman web canva. Peserta mempelajari asas menggunakan software canva. Menarik minat peserta berkunjung ke PEDi Gedong.
Aktiviti
Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Mengajar peserta asas membuka laman web canva. Mengajar peserta asas canva dan membuat calendar awal tahun 2024. Mengajar menukar design, tulisan serta memasukkan gambar ke dalam kalendar. Mempelajari cara membuat kalendar yang menarik mengikut kreativiti peserta masing-masing.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 20 NOVEMBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA |
Tujuan
Membantu golongan warga emas mendaftar akaun Sarawak ID dan Kenyalang Gold Card (KGC). Ia sekaligus membantu golongan warga emas menggunakan platform digital tersebut untuk mendapatkan bantuan dengan pendaftaran KGC. Menarik minat komuniti berkunjung ke PEDi Kampung Gedong dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDi Gedong.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang cara memohon Kenyalang Gold Card secara atas talian. Membantu mereka mengisi Sarawak ID dan mendapatkan maklumat dari mereka untuk melengkapkan Profil Sarawak ID. Selain itu, membuat pendaftaran Kenyalang Gold Card secara online dan memastikan maklumat yang diisi memenuhi kriteria yang diminta.