LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 15 JANUARI 2024 |
MASA |
: 8 PAGI - 11 PAGI |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Memperkenalkan laman web canva dan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara membuat kad nama perniagaan sendiri. Peserta mempelajari cara membuat kad perniagaan sendiri. Peserta menghasilkan kad perniagaan mengikut kreativiti masing-masing.
Aktiviti
Peserta diberi pendedahan asas komputer dan dipandu cara menggunakan laman web canva. Peserta diminta membuat kad nama perniagaan sendiri menggunakan template design yang telah disediakan. Para peserta menyiapkan kad perniagaan mengikut modul yang disediakan oleh petugas PEDi Gedong.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 8 JANUARI 2024 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang asas Microsoft Office Word dan mempelajari komponen dalam perisian tersebut. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Para peserta dapat menguasai cara menggunakan papan kekunci dan dapat menaip artikel mengikut format yang betul. Meningkatkan pengetahuan dalam ICT tentang faedah penggunaan komputer.
Aktiviti
Petugas menyediakan modul dan memberi penerangan tentang Microsoft Office Word serta sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta diuji secara individu menaip dengan latihan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Hasil kerja yang telah siap akan dinilai oleh petugas PEDi Gedong.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 5 JANUARI 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Surat Rasmi mengikut buku modul pembelajaran yang diberi.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 6 JANUARI 2024 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan dan mempelajari cara membuat sticker produk. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu imej produk yang menarik.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan software kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta membuat suntingan sticker produk. Selain itu, peserta mempelajari asas multimedia.
LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 11 DAN 12 DISEMBER 2023 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta dan meningkatkan kemahiran komputer peserta. Peserta mempelajari komponen komputer serta pengenalan lama web. Peserta mempelajari cara menggunakan papan kekunci dan menaip. Peserta mempelajari cara menggunakan tetikus. Peserta mendapat bimbingan daripada petugas dan guru yang membimbing peserta cara menggunakan komputer. Menambah keahlian PEDi Gedong dan dapat berkolaborasi bersama SK Sebanban.
Aktiviti
Petugas membuat penerangan kepada peserta tentang cara menggunakan komputer dan cara penjagaan komputer yang betul. Peserta mendengar penerangan daripada petugas dan mengikuti arahan yang diberikan. Peserta menjawab soalan secara atas talian secara individu. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan dan menarik minat peserta berkunjung ke PEDi Gedong.