Laporan Oktober - Advokasi KDB (Scam), Microsoft Word (Membuat Risalah- Menukar Font/ Mengedit Teks/ Memasukkan Gambar)
Tarikh |
: 14 Oktober 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 12 orang |
Tujuan
Memberi pengetahuan tentang Scam dan bagaimana cara untuk mengelak serta menyelesaikan masalah jika terlibat dengan scam. Seterusnya, memberi pendedahan penggunaan Microsoft Word dengan membuat risalah supaya peserta dapat memahirkan diri untuk menukar font, memasukkan gambar dan mengedit teks disamping mempromosikan aktiviti Pusat Internet pada masa akan datang.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan Scam melalui Advokasi KDB serta cara membuat aduan jika terlibat dengan scam. Seterusnya, peserta diberikan latihan Microsoft Word seperti menukar font, memasukkan gambar serta mengedit teks melalui aktiviti pembuatan risalah.
Klik Gambar Di Sini KDB & MICROSOFT WORD (MEMBUAT RISALAH
Laporan Oktober - Advokasi KDB (Merisik), Pengenalan Web (Youtube) & Latihan Keusahawanan (Membuat Beg Kertas)
Tarikh |
: 13 Oktober 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang asas laman web dan menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet. Pengenalan kepada latihan asas keusahawanan dengan aplikasi Youtube.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan advokasi KDB Merisik serta kepentingan berwaspada dalam berkongsi maklumat. Peserta diperkenalkan dengan fungsi Web Youtube serta kegunaannya. Peserta juga di ajar cara membuat beg DIY menggunakan kertas dengan video rujukan melalui Youtube. Peserta turut diberitahu aktiviti Pusat Internet pada masa akan datang sebelum sesi soal jawab dengan petugas.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, PENGENALAN WEB & KEUSAHAWANAN
Laporan Oktober - Advokasi KDB (Cyber Stalking), Pengenalan Asas Komputer dan E-Pembelajaran (Mewarna Digital)
Tarikh |
: 9 Oktober 2018 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Memperkenalkan perkakasan serta asas computer dan penggunaan Internet kepada peserta PDK (Pemulihan Dalam Komuniti). Penerapan KDB (Cyber Stalking) dan pendedahan kepada E-Learning iaitu aktiviti mewarna digital disamping mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan pada masa akan datang.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer dan Internet. Selain itu, peserta turut di perkenalkan dengan KDB (Klik Dengan Bijak), dimana peserta diajar cara untuk mengehadkan perkongsian maklumat di media sosial dan cara untuk mengatasi jika terlibat dengan Cyber Stalking. Peserta juga didedahkan dengan E-Pembelajaran melalui aktiviti mewarna digital. Sesi soal jawab dengan petugas PI Kg Gedong.
Klik Gambar Di Sini KDB, PENGENALAN ASAS KOMPUTER & E-PEMBELAJARAN
Laporan Oktober - Advokasi KDB (Internet dalam Kehidupan), Keusahawanan (Pengenalan Asas Keusahawanan) dan Dashboard Komuniti (Pengenalan Modul Dalam Dashboard)
Tarikh |
: 11 Oktober 2018 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Dewan Masyarakat Kg Perintah Masjid |
Peserta |
: 12 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang asas laman web dan menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet. Pengenalan kepada asas keusahawanan dan pengenalan kepada modul-modul Dashboard Komuniti. Para peserta diberi pendedahan tentang penggunaan internet sebagai platform untuk berjual beli serta kegunaan lain internet dalam kehidupan harian. Pengenalan kepada asas keusahawanan dan penggunaan dashboard komuniti dalam memasarkan produk tempatan.
Aktiviti
Peserta diterangkan mengenai kegunaan internet sebagai sumber pengetahuan dan pendapatan serta kepentingan mempraktikkan KDB dalam melayari internet. Seterusnya peserta di perkenalkan dengan asas keusahawanan dan diperkenalkan kepada modul dashboard komuniti dimana mereka boleh berkomunikasi bersama komuniti dan menjadi salah satu medium niaga. Sesi soal jawab bersama petugas Pusat Internet juga dilakukan disamping memaklumkan aktiviti pusat internet pada masa akan datang.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, KEUSAHAWANAN & DASHBOARD KOMUNITI
Laporan Oktober - Advokasi KDB (Aduan), Dashboard Komuniti & Microsoft Office Publisher
Tarikh |
: 7 Oktober 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak (Aduan) dan keselamatan melayari internet. Menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang keselamatandalam menggunakan internet, dan memperkenalkan peserta kepada Microsoft Publisher. Pengenalan kepada Dashboard komuniti disamping mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan pada masa akan datang.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan penggunaan Microsoft Publisher dan cara penggunaannya. Peserta membuat Kad Hari Jadi sebagai latihan Microsoft Publisher. Peserta juga di ajar untuk membuat pengumuman di di dalam My Komuniti dan didedahkan dengan kepentingan melayari internet dengan bijak melalui aktiviti Klik Dengan Bijak (Aduan).
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, DASHBOARD KOMUNITI & PUBLISHER