Laporan Oktober - Advokasi KDB (Maklumat Palsu), Multimedia: Suntingan Imej & Pengenalan kepada Dashboard (Modul My Komuniti)
Tarikh |
: 6 Oktober 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan memastikan status maklumat yang dibaca di Internet adalah benar atau palsu demi menjamin keselamatan dan mengelak penipuan. Memperkenalkan peserta kepada Suntingan Imej dan Pengenalan Dashboard (Modul My Komuniti) disamping mempromosikan dan memupuk minat peserta untuk menyertai aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan pada masa akan datang.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan kepentingan memastikan kebenaran sesuatu maklumat sebelum dikongsi dan implikasi perkongsian maklumat palsu. Peserta turut di perkenalkan dengan Suntingan Imej. Selain itu, peserta juga di perkenalkan dengan Dashboard (Modul My Komuniti) untuk meningkatkan lagi medium perhubungan komuniti ahli PI Kg Gedong. Sesi soal jawab dengan petugas PI Kg Gedong.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MULTIMEDIA & PENGENALAN DASHBOARD
Laporan Oktober - Advokasi KDB (Check Your Label) dan Multimedia (Pengenalan Paint & Logo)
Tarikh |
: 5 Oktober 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Mendedahkan kepentingan label pada alat elektronik melalui advokasi KDB: Check Your Label untuk memastikan keselamatan dan kualiti alat elektronik. Memperkenalkan aplikasi Multimedia: Paint dan pembuatan logo disamping mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan pada masa akan datang. Peserta didedahkan tentang kepentingan label dalam alat komunikasi serta simbol label yang digunakan melalui Advokasi KDB Check Your Label. Selain itu, peserta juga di paparkan video sokongan serta diperkenalkan dengan laman untuk menyemak label yang terdapat pada alat komunikasi. Peserta juga diperkenalkan dengan Multimedia Paint serta tools yang terdapat di dalam nya dan diajar untuk memasukkan bentuk ke dalam 'sheet' Paint.
Aktiviti
Peserta di dedahkan dengan kepentingan label pada setiap alat komunikasi elektronik untuk keselamatan pengguna. Peserta juga dipaparkan video mengenai label dan kepentingannya untuk meningkatkan pemahaman peserta. Selain itu, peserta turut diperkenalkan dengan aplikasi Multimedia: Paint dan aktiviti pembuatan logo menggunakan Paint. Sesi soal jawab dengan petugas PI Kg Gedong.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MULTIMEDIA
Laporan Oktober - Advokasi KDB (Buli Siber) dan Microsoft Office (Pengenalan Microsoft Word & Latihan Menaip)
Tarikh |
: 2 Oktober 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak (Buli Siber) dan keselamatan melayari internet serta langkah-langkah mengatasi dan mengelak Buli Siber. Menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang keselamatan dalam menggunakan internet, dan memperkenalkan peserta kepada Microsoft Word disamping mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan pada masa akan datang. Peserta diperkenalkan dengan penggunaan Microsoft Word dan fungsi 'Tools' yang terdapat dalam aplikasi Microsoft Word. Peserta juga didedahkan dengan kepentingan melayari internet dengan bijak melalui aktiviti KDB: Buli Siber.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan kegunaan Microsoft Word dan cara penggunaannya. Selain itu peserta juga diberikan latihan menaip sebagai salah satu aktiviti untuk meningkatkan lagi kemahiran menaip serta menguji pemahaman mereka terhadap penggunaan Microsoft Word. Latihan menaip diberikan kepada peserta untuk memahirkan peserta dengan 'Tools' yang telah dipelajari disamping dapat melatih para peserta menaip menggunakan papan kekunci. Peserta juga didedahkan dengan cara penggunaan internet yang selamat melalui KDB: Buli Siber dan turut didedahkan cara-cara untuk mengatasi Buli Siber.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MICROSOFT WORD & LATIHAN MENAIP
Laporan Oktober - Advokasi KDB (Cyber Stalking) dan Microsoft Office (Pengenalan Microsoft Power Point)
Tarikh |
: 4 Oktober 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak (Cyber Stalking) dan langkah-langkah keselamatan melayari internet dengan mendedahkan had perkongsian maklumat. Menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang keselamatandalam menggunakan internet, dan memperkenalkan peserta kepada Microsoft Power Point disamping mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan pada masa akan datang. Peserta diperkenalkan dengan Microsoft Office Power Point serta kegunaannya. Peserta diajar cara untuk memasukkan gambar serta cara untuk menambah slide dalam Microsoft Office Power Point. Selain itu, peserta turut diperkenalkan dengaPeserta turut di dedahkan dengan Cyber Stalking dan cara untuk mengelak serta mengatasi Cyber Stalking melalui Advokasi KDB.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan penggunaan Microsoft Power Point dan cara untuk menambah slide dan animasi pada slide serta cara memasukkan gambar di dalam slide ‘presentation’. Peserta juga didedahkan dengan kepentingan melayari internet dengan bijak melalui aktiviti KDB: Cyber Stalking serta langkah-langkah untuk memastikan keselamatan ketika berkongsi maklumat.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MICROSOFT OFFICE (POWER POINT)
Laporan Oktober - Advokasi KDB (Tidak Pasti Jangan Kongsi) dan E- Pembelajaran (Kuiz Teka Silang Kata KDB
Tarikh |
: 1 Oktober 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak (Tidak Pasti Jangan Kongsi) dan keselamatan melayari internet. Menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang keselamatan dalam menggunakan internet, jenis maklumat yang perlu di kongsi dan disamping mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan pada masa akan datang. Peserta di perkenalkan dengan Buli Siber serta diterangkan cara untuk mengelakkan dan mengatasi masalah Buli Siber melalui aktiviti Klik Dengan Bijak oleh petugas. Implementasi KDB dalam E- Pembelajaran membantu peserta memahami dan mengaplikasi pemahaman mereka melalui Kuiz Silang Kata.
Aktiviti
Peserta di dedahkan dengan kepentingan memastikan maklumat yang dikongsikan adalah benar dan keburukan jika maklumat yang dikongsikan adalah palsu. Peserta juga didedahkan dengan konsep E-Pembelajaran melalui Kuiz Teka Silang Kata dan sesi soal jawab dengan petugas.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & E-PEMBELAJARAN